Sam nak tinggalkan Bunkface?

Posted by TUPAI 0 comments

Kalau betul lah gosip ni, nampaknya ramailah gadis-gadis yang akan meraung! Nona Andika dengar-dengar cerita konsert MTV World Stage yang bakal diadakan pada 31 Julai ini akan menjadi persembahan terakhir buat Sam.

Benar atau tidak gosip ini, tak tahu lah pula. Tapi kalau benar, apakah yang menyebabkan Sam membuat keputusan sedemikian? Adakah dia akan bergerak solo selepas ini? Macamana pula dengan Bunkface? Takkan berkubur macam tu je?

Apa-apa pun Nona Andika pasti ramai yang kecewa sekiranya Bunkface tiada lagi lepas ini.

Nona Andika: Performance Hujan & Bunkface masa "Konsert Hujan vs Bunkface" hebat, tapi sayang sebab sambutan hambar. Maybe  sebab penganjur kurang promosi?

Gambar: Dakota Fanning Kecil Hingga Dewasa

Posted by TUPAI 0 comments

Wah sungguh hebat transformasi yang boleh kita lihat dengan pelakon kanak-kanak yang pernah membuat sesetengah daripada kita menitiskan air mata menerusi lakonannya dalam filem "I Am Sam" pada tahun 2001 iaitu Dakota Fanning. MisS SaKurA ingin memfokuskan pada beberapa gambar sejak beliau mula naik menerusi filem "I Am Sam" sehinggalah menjadi model bagi majalah Marie Claire terbaru di Amerika Syarikat.

Jom kita lihat transformasi Dakota Fanning di bawah ini.

Tahun 2001: "I Am Sam"

Tahun 2003: The Cat In The Hat

Tahun 2003: Uptown Girls

Tahun 2005: Hide and Seek

Tahun 2005: War Of The Worlds

Tahun 2007: Hounddog

Tahun 2009: Push

Tahun 2009: The Twilight Saga: New Moon

Tahun 2010: Cover majalah & fotografi bagi Marie Claire!




(kredit gambar: poponthepop)

Mizz Nina 'ditenggelamkan' oleh Colby O'Donis?

Posted by TUPAI 0 comments

19 Jul - Penampilan istimewa Colby O'Donis pada hari pelancaran album solo Mizz Nina berjudul "What You Waiting For" seolah-olah menenggelamkan bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew (TTC) ini apabila penonton yang hadir bersorak lebih kuat apabila pengacara Adifashla dan Natalie bertanya siapa yang hadir untuk bertemu dengan Colby.

Walaubagaimanapun sorakan kuat itu sedikitpun tidak mempengaruhi persembahan Mizz Nina pada petang Sabtu lalu, sebaliknya dia telah memberi yang terbaik kepada peminat yang hadir. Mizz Nina telah berkolaborasi menerusi lagu "What You Waiting For" dengan penyanyi antarabangsa berusia 21 tahun ini yang pernah bekerjasama dengan Akon dan juga Lady Gaga sebelum ini.

"Rancangan untuk kolaborasi ini dirancang oleh pihak pengurusan kami. Saya sememangnya mengagumi bakat yang ada pada Colby. Jadi apabila Colby bersetuju untuk bekerjasama setelah mendengar lagu yang diberikan, saya rasa sangat gembira dan teruja," kata Mizz Nina ketika ditemui selepas persembahan khas untuk para media.

Memuatkan sebanyak 14 buah lagu yang berunsur elektro hip-hop, Mizz Nina memberitahu proses untuk menyiapkan albumnya memakan jangka masa yang panjang kerana dia ingin mencari bahan yang bagus dan berkualiti sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya yang tidak pernah jemu menyokongnya.

"Proses rakaman bukan sahaja dibuat di Malaysia, malah ada yang dijalankan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Walaupun mengambil masa yang lama, saya cukup berpuas hati dengan hasilnya," tambah Mizz Nina yang tidak ingin mendedahkan kos pembikinan album solonya ini.

Mizz Nina sempat bertentang mata dengan Noh


Bersama Colby O'Donis

Jika dilihat kepada muzik video "What You Waiting For", mungkin ada segelintir pihak melabelkan Mizz Nina sebagai seorang gadis yang 'nakal. Namun bagi Mizz Nina, orang ramai boleh berkata apa sahaja yang mereka ingin. Yang penting keluarga dan rakan-rakannya tahu siapa dirinya yang sebenar.

"Kita tidak boleh menyekat apa yang orang ingin bercakap. Jadi cukuplah mereka yang penting dalam hidup saya tahu siapa Mizz Nina. Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana video itu disukai ramai," kata Mizz Nina lagi.

Pada hari pelancaran album ini, Mizz Nina telah memberi persembahan khas kepada para media yang hadir dengan menyampaikan dua buah lagu termasuk "What You Waiting For" dan juga "Kurnia" bersama Noh daripada kumpulan Hujan. Selain daripada Colby dan Noh, album solo Mizz Nina turut berkolaborasi bersama Mawar Berduri dan juga MC Dandee.


Mizz Nina dilihat sebagai seorang penyanyi wanita yang cukup berpotensi dan mampu pergi jauh. Malah Mizz Nina menyimpan niat untuk mengorak langkah ke Indonesia, Singapura dan juga luar negara. Namun pada masa yang sama ingin memastikan dirinya dikenali dan dapat diterima oleh peminat muzik tempatan.

Tupai mengucapkan tahniah kepada Mizz Nina atas pelancaran album terbarunya! Memang best lagu-lagu dalam album anda!

(Kredit foto: Hazwan Hassan)

Filem Animasi Ribbit Oleh KRU Studios & Crest

Posted by TUPAI 0 comments

Sebuah syarikat animasi yang berpangkalan di Mumbai, India iaitu Crest Animation Studios Limited (Crest) akan bekerjasama dengan KRU Studios untuk menghasilkan filem animasi tiga dimensi (3D) yang bertajuk Ribbit. Filem ini bakal menelan kos sebanyak RM8 juta dan akan ditayangkan di 34 buah negara di seluruh dunia. Menariknya mengenai filem Ribbit ini, ianya akan mendapat sentuhan pelakon suara yang berpengalaman dari Hollywood iaitu Chuck Powers.

Produksi Ribbit dikatakan produk pertama Malaysia bertaraf antarabangsa didalam bidang animasi. Majlis menandatangani memorandum persefahaman diantara KRU dan Crest telah dimeterai di KRU Studios Sdn Bhd di Cyberjaya pada minggu yang lalu. Filem animasi Ribbit akan menggunakan 27 watak pelbagai jenis haiwan menggambarkan pelbagai latar budaya. Produksi dijangka akan bermula pada September 2010 dan akan memakan masa selama 13 hingga 20 bulan. Ianya bakal ditayangkan pada 2012 dengan tiga versi yang berlainan iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa India.

Filem Ribbit ini mengisahkan tentang seekor katak yang mengalami krisis identiti kerana tidak suka melompat ataupun berada di dalam air sebagaimana kebiasaan kehidupan katak. Disebabkan oleh masalah kekeliruan dan persoalan yang terdapat dalam dirinya, Ribbit dan rakan baiknya iaitu seekor tupai memulakan pengembaraan untuk mencari jawapan atau huraian yang tepat.

CARIAN

SELAMAT DATANG KE TUPAI

ADAKAH ANDA PEMENANG PERADUAN TUPAI?

VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK

JAWATAN KOSONG

PERADUAN @ TUPAI