Mizz Nina 'ditenggelamkan' oleh Colby O'Donis?

Posted by TUPAI

19 Jul - Penampilan istimewa Colby O'Donis pada hari pelancaran album solo Mizz Nina berjudul "What You Waiting For" seolah-olah menenggelamkan bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew (TTC) ini apabila penonton yang hadir bersorak lebih kuat apabila pengacara Adifashla dan Natalie bertanya siapa yang hadir untuk bertemu dengan Colby.

Walaubagaimanapun sorakan kuat itu sedikitpun tidak mempengaruhi persembahan Mizz Nina pada petang Sabtu lalu, sebaliknya dia telah memberi yang terbaik kepada peminat yang hadir. Mizz Nina telah berkolaborasi menerusi lagu "What You Waiting For" dengan penyanyi antarabangsa berusia 21 tahun ini yang pernah bekerjasama dengan Akon dan juga Lady Gaga sebelum ini.

"Rancangan untuk kolaborasi ini dirancang oleh pihak pengurusan kami. Saya sememangnya mengagumi bakat yang ada pada Colby. Jadi apabila Colby bersetuju untuk bekerjasama setelah mendengar lagu yang diberikan, saya rasa sangat gembira dan teruja," kata Mizz Nina ketika ditemui selepas persembahan khas untuk para media.

Memuatkan sebanyak 14 buah lagu yang berunsur elektro hip-hop, Mizz Nina memberitahu proses untuk menyiapkan albumnya memakan jangka masa yang panjang kerana dia ingin mencari bahan yang bagus dan berkualiti sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya yang tidak pernah jemu menyokongnya.

"Proses rakaman bukan sahaja dibuat di Malaysia, malah ada yang dijalankan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Walaupun mengambil masa yang lama, saya cukup berpuas hati dengan hasilnya," tambah Mizz Nina yang tidak ingin mendedahkan kos pembikinan album solonya ini.

Mizz Nina sempat bertentang mata dengan Noh


Bersama Colby O'Donis

Jika dilihat kepada muzik video "What You Waiting For", mungkin ada segelintir pihak melabelkan Mizz Nina sebagai seorang gadis yang 'nakal. Namun bagi Mizz Nina, orang ramai boleh berkata apa sahaja yang mereka ingin. Yang penting keluarga dan rakan-rakannya tahu siapa dirinya yang sebenar.

"Kita tidak boleh menyekat apa yang orang ingin bercakap. Jadi cukuplah mereka yang penting dalam hidup saya tahu siapa Mizz Nina. Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana video itu disukai ramai," kata Mizz Nina lagi.

Pada hari pelancaran album ini, Mizz Nina telah memberi persembahan khas kepada para media yang hadir dengan menyampaikan dua buah lagu termasuk "What You Waiting For" dan juga "Kurnia" bersama Noh daripada kumpulan Hujan. Selain daripada Colby dan Noh, album solo Mizz Nina turut berkolaborasi bersama Mawar Berduri dan juga MC Dandee.


Mizz Nina dilihat sebagai seorang penyanyi wanita yang cukup berpotensi dan mampu pergi jauh. Malah Mizz Nina menyimpan niat untuk mengorak langkah ke Indonesia, Singapura dan juga luar negara. Namun pada masa yang sama ingin memastikan dirinya dikenali dan dapat diterima oleh peminat muzik tempatan.

Tupai mengucapkan tahniah kepada Mizz Nina atas pelancaran album terbarunya! Memang best lagu-lagu dalam album anda!

(Kredit foto: Hazwan Hassan)

edit post

0 comments

Post a Comment

CARIAN

SELAMAT DATANG KE TUPAI

ADAKAH ANDA PEMENANG PERADUAN TUPAI?

VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK

JAWATAN KOSONG

PERADUAN @ TUPAI