Filem Animasi Ribbit Oleh KRU Studios & Crest

Posted by TUPAI

Sebuah syarikat animasi yang berpangkalan di Mumbai, India iaitu Crest Animation Studios Limited (Crest) akan bekerjasama dengan KRU Studios untuk menghasilkan filem animasi tiga dimensi (3D) yang bertajuk Ribbit. Filem ini bakal menelan kos sebanyak RM8 juta dan akan ditayangkan di 34 buah negara di seluruh dunia. Menariknya mengenai filem Ribbit ini, ianya akan mendapat sentuhan pelakon suara yang berpengalaman dari Hollywood iaitu Chuck Powers.

Produksi Ribbit dikatakan produk pertama Malaysia bertaraf antarabangsa didalam bidang animasi. Majlis menandatangani memorandum persefahaman diantara KRU dan Crest telah dimeterai di KRU Studios Sdn Bhd di Cyberjaya pada minggu yang lalu. Filem animasi Ribbit akan menggunakan 27 watak pelbagai jenis haiwan menggambarkan pelbagai latar budaya. Produksi dijangka akan bermula pada September 2010 dan akan memakan masa selama 13 hingga 20 bulan. Ianya bakal ditayangkan pada 2012 dengan tiga versi yang berlainan iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa India.

Filem Ribbit ini mengisahkan tentang seekor katak yang mengalami krisis identiti kerana tidak suka melompat ataupun berada di dalam air sebagaimana kebiasaan kehidupan katak. Disebabkan oleh masalah kekeliruan dan persoalan yang terdapat dalam dirinya, Ribbit dan rakan baiknya iaitu seekor tupai memulakan pengembaraan untuk mencari jawapan atau huraian yang tepat.

edit post

0 comments

Post a Comment

CARIAN

SELAMAT DATANG KE TUPAI

ADAKAH ANDA PEMENANG PERADUAN TUPAI?

VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK

JAWATAN KOSONG

PERADUAN @ TUPAI